PMFST UKM

PMFST UKM Akaun Rasmi Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST), UKM | Twitter/Instagram: Wahana info terkini berkenaan aktiviti pelajar FST UKM.

01/07/2026

🎥 ZETTY’S.CO

Terima kasih kepada Zetty’s.co atas sumbangan kek yang telah memeriahkan Majlis Apresiasi & Mesyuarat Agung Tahunan PMFST Sesi 2025/2026. 🍰✨

Sumbangan ini amat dihargai dan telah menjadi pelengkap kepada kemeriahan majlis yang diraikan bersama seluruh warga PMFST.

Jom saksikan video ini dan kenali lebih dekat Zetty’s.co!

Leave No One Behind
FST Menyerlah
FST to the Fore

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2025/2026

13/06/2026

[RECAP SESI TEMUDUGA PEMILIHAN BARISAN KEPIMPINAN PMFST SESI 2026/2027]

Pada 10 hingga 12 Jun 2026 yang lalu, telah berlangsungnya Sesi Temuduga Pemilihan Barisan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) sesi 2026/2027.

Terima kasih diucapkan kepada semua calon yang telah hadir serta menunjukkan komitmen, keyakinan dan kesungguhan sepanjang sesi temuduga berlangsung. Setiap idea dan pandangan yang dikongsikan mencerminkan semangat mahasiswa FST dalam meneruskan legasi kepimpinan yang cemerlang.

Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan hasil yang terbaik. Selamat maju jaya kepada semua calon!

Leave No One Behind
FST Menyerlah
FST to the Fore

MAJLIS TERTINGGI
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI (PMFST)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2025/2026

07/06/2026

RECAP VIDEO FST4U: JALINAN KOMUNITI ALUMNI FST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, program *FST4U: Jalinan Komuniti Alumni FST* telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan bermakna. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua alumni, peserta, urus setia serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Program ini bukan sahaja menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara alumni dan warga Fakulti Sains dan Teknologi, malah turut menyemai semangat kes**arelawanan serta keprihatinan terhadap komuniti melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.

Jom imbas kembali momen-momen menarik, senyuman dan kenangan sepanjang perjalanan program melalui Lensa FST4U.

“Menghubung Generasi, Membina Inspirasi”

AHLI JAWATANKUASA
FST4U: JALINAN KOMUNITI ALUMNI FST
PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2025/2026

02/06/2026

📢 FST4U is coming soon!

Stay tuned for an exciting experience filled with learning, connections, and opportunities. ✨

28/05/2026

Jom sertai Eksekutif Protokol Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Sesi 2026/2027!

Jika anda seorang yang menjaga protokol, s**a akan majlis yang teratur dan berkeyakinan, inilah peluang anda untuk meningkatkan kemahiran pengurusan majlis dan etika profesional anda!

Syarat Kelayakan:
• Terbuka kepada semua pelajar Tahun 1-2 (Sesi 2025/2026) Prasiswazah FST
• Memperoleh PNGK semasa 3.00 dan ke atas
• Berpengalaman dan aktif dalam program anjuran PMFST dan UKM

Pautan Pendaftaran :
https://forms.gle/sF4fHRakStFNJNnQ9

Rujuk portfolio setiap eksekutif disini: https://docs.google.com/document/d/1M9AJOPkB-F5Ga7Yp4HLdysuiDc4I6GSdJ1a53NIrCok/edit?usp=sharing

Address

Fakulti Sains Dan Teknologi, UKM
Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMFST UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to PMFST UKM:

Share