Sinar maju auto

Sinar maju auto KAMI MEMBERIKAN SERVIS YANG TERBAIK DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN..KEPUASAN PELANGAN KEUTAMAAN KAMI..

📌 BILA JANGKA HAYAT WATER PUMP PERLU DITUKAR ??✔️ Tugas water pump di dalam sesebuah enjin adalah untuk memacu air di da...
27/11/2018

📌 BILA JANGKA HAYAT WATER PUMP PERLU DITUKAR ??

✔️ Tugas water pump di dalam sesebuah enjin adalah untuk memacu air di dalam sistem pendinginan enjin.
✔️ Ia dipacu oleh V-belt
✔️ Jangka hayat sesuatu water pump adalah di antara 100k ke atas
✔️ Tanda-tanda kerosakan water pump ialah ia akan mengeluarkan bunyi kasar (goro-goro)

Sila datang ke pusat servis kami di sinar maju auto parts repair dan servise kg nyior



www.wasap.my/0179817524

Cara Mengesan Minyak Hitam TiruanMINYAK pelincir tiruan tidak mampu menyerap haba yang dihasilkan. Disebabkan itu juga e...
27/11/2018

Cara Mengesan Minyak Hitam Tiruan

MINYAK pelincir tiruan tidak mampu menyerap haba yang dihasilkan. Disebabkan itu juga enjin kenderaan akan cepat panas.

Boleh menjahanamkan enjin kenderaan.penggunaan minyak pelincir tiruan yang tidak mempunyai daya untuk merendahkan suhu pada enjin.

Pemilihan dan penggunaan minyak hitam yang betul memainkan peranan penting bagi memastikan ketahanan enjin yang menjadi ‘jantung’ setiap kenderaan.

minyak pelincir di pasaran terbahagi kepada tiga kategori iaitu mineral, semi synthetic dan fully synthetic.

minyak pelincir berfungsi menggerakkan dan melicinkan geseran keluli di dalam enjin selain menyerap haba yang terhasil akibat geseran itu.

“Enjin kenderaan dibina menggunakan keluli atau logam. Justeru, apabila enjin dihidupkan, komponen dalam enjin akan bergerak dan bergesel antara satu sama lain. Ini akan menghasilkan percikan dan haba.

minyak pelincir tiruan tidak mampu menyerap haba yang dihasilkan. Disebabkan itu enjin kenderaan cepat panas. Geseran menjadi kasar dan haus dan akhirnya menyebabkan kepanasan melampau pada enjin..
____________________________

1: Perhatikan penutup tong minyak hitam Tulen (kiri) & Palsu (kanan),penutup tulen agak kasar sedikit berbanding penutup palsu.

2: Sticker hologram Palsu (kiri) & Tulen (kanan),hologram palsu nampak pecah dari segi warna nya..

3: Sticker pelekat rujukan servis Palsu (kiri) & Tulen (kanan),ianya mudah terkoyak bila anda cuba tanggalkan dari tong tersebut.

4: Sticker tong minyak hitam Palsu, perhatikan tulisan agak kecil & kurang jelas.

5: Sticker tong minyak hitam Tulen,tulisan besar & jelas.

Semoga ilmu ini dipanjangkan ke kawan-kawan anda..supaya tidak tertipu dengn sendikit ini..

SINAR MAJU AUTO PARTS WORKSHOP memfokuskan kepada barangan yang berkualiti tinggi serta menjanjikan kualiti yang terbaik pada harga yang berpatutan. INSYAALLAH..



www.wasap.my/0179817524

minyak enjin tiruan VS minyak ori👇👇

NIE NAK BAGI TIPS BG ILMU SIKIT KE AWOK2 PASAL BREK KERETA.. JANGAN AMBIL MUDAH..1. Setiap sebulan sekali, periksa paras...
21/11/2018

NIE NAK BAGI TIPS BG ILMU SIKIT KE AWOK2 PASAL BREK KERETA.. JANGAN AMBIL MUDAH..

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan pam vakum). Pastikan minyak berada di paras antara minimum dan maksimum. Jangan sekali-kali memandu sekiranya paras minyak brek berada di bawah paras minimum.

2. Setiap enam bulan semasa hendak rotate tayar kereta, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Jika kita dapati pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinan tekanan yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat berbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara sama perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran sebegini mungkin kecil tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan spesifikasi minyak brek. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (bagi kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada pembalut yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau drum, minta mekanik menilai, sama ada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, dicadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus dari belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Jika ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan mendapat kebenaran bertulis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Syarikat insurans akan melindungi jika kemalangan berlaku disebabkan sistem brek.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripada sentiasa berada di atas pedal brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek enjin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya s**a memandu laju dan secara agresif, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti projek U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek kepada saluran bersalut logam. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu serta tinggi dan tindak balas brek anda akan lebih cepat apabila pedal ditekan.

12. Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta untuk ditukar minyak enjin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, kotak minyak gear, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras pedal brek dan klac, tekanan angin tayar, alignment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya.

Jangan cuma tukar minyak hitam saja kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk diservis dan kita dikenakan bayaran tinggi untuk upahnya.





www.wasap.my/0179817524 untuk pertanyaan brkenaan kereta blh wasap atau call..

Tip-tip wajib tahu agar tak kena 'telan' harga dengan pomen!Korang Pakai Kereta? Ketahui Tip Penjagaan Ini Agar Kereta '...
18/11/2018

Tip-tip wajib tahu agar tak kena 'telan' harga dengan pomen!

Korang Pakai Kereta? Ketahui Tip Penjagaan Ini Agar Kereta 'Tahan Lama
Apabila kereta rosak, mulalah kita menyalahkan jenama kereta tersebut. Tak baguslah, kualiti rendahlah. Hakikatnya, daya tahan sesebuah kereta itu bergantung kepada cara kita menjaganya dan bukan disebabkan kualiti semata-mata.

tips-tips asas tentang penjagaan kereta.. info-info yang disampaikan agar kelak anda tidak 'dicekik' oleh sesetengah bengkel kereta yang sentiasa mengambil kesempatan mengenakan harga tinggi kepada pengguna yang kurang arif tentang kereta.

1. MINYAK HITAM
Minyak hitam jenis bukan sintetik perlu ditukar pada setiap 5,000km perjalanan ataupun selama tiga bulan. Kalau minyak digunakan jenis sintetik, waktu penukaran adalah di antara 7,500km hingga 10,000km.

2. PENAPIS MINYAK (OIL FILTER)
Oil Filter biasa perlu ditukar selepas 5,000km manakala oil filter sintetik ditukar apabila menjangkau 10,000km. Biasanya bila menukar minyak enjin, korang disyorkan juga tukar oil filter.

3. SPARK PLUG
Jadual penukaran spark plug tidak sekerap minyak hitam. Kalau ikut buku selenggaraan kereta, ia ditukar selepas 20,000km perjalanan. Tetapi, jika tidak ditukar ketika 30,000 atau 40,000km pun tidak menjadi masalah. Cuma, jika melebihi 40,000km electrode spark plug akan menipis maka spark plug perlu ditukar segera. Harga untuk empat biji spark plug biasanya di antara RM20 hingga RM25.

4. BATERI KERETA
Hayat bateri kereta korang bergantung kepada cara penggunaan. Kalau pakai bateri jenis 'free maintenance,'korang tidak perlu isi air bila air bateri berkurangan. Tetapi harganya mahal sedikit daripada bateri biasa. Kalau bateri biasa yang selalu anda jaga dengan mengisi, ianya mampu bertahan sehingga dua tahun. kalau asyik lupa isi air sehingga menjadi kering, tak sampai enam bulan pun bateri boleh rosak. Tip beli bateri: Bateri kereta pun ada yang cetak rompak. jadi, berhati-hati. Nak selamat, beli jenama yang boleh dipercayai seperti Bosch atau Century.

5. TIMING BELT
Jadual penukaran timing belt berlainan mengikut jenis kereta. Kereta Waja biasanya boleh bertahan sehingga 90,000km sementara Honda CRV p**a sehingga 160,000km.
Jadi, korang hanya perlu menukar timing beltmengikut kenderaan yang korang pandu. Ramai yang tersilap-60,000km dah tukar sedangkan timing belt keretanya masih elok lagi.

6. AIR FILTER
Perlu ditukar setiap 20,000km.

7. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ini sangat penting bagi kereta jenis AUTO. Dalam buku manual tertulis ia ditukar bila mencapai 20,000km. tetapi nak anjak kepada 30,000 pun tidak mengapa asalkan jangan lebih daripada itu. Pastikan jangan melebihi 30,000 tanpa ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada auto gearbox yang bakal memerlukan belanja lebih besar.

8. GEAR OIL (KERETA MANUAL)
Minyak gear ini untuk anda yang pakai kereta manual (Tak perlu ATF). Ia boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.

9. BRAKE FLUID & POWER STEERING FLUID
Kalau rajin dan ada duit lebih sikit, tukar fluid baru setiap 60,000km.

10. RADIATOR COOLANT
Botol dengan cecair bewarna hijau. Sesuai ditukar coolant setiap 60,000km perjalanan. Kalau air radiator bewaarna jernih, guna air paip tak berapa bagus. jadi, gunakan coolant kerana ia akan memudahkan enjin untuk cepat panas dan tak mudah mendidih.

11. MINYAK GEAR
Kalau kereta manual, setiap 40,000km atau kurang 5 tahun, bolehlah tukar minyak gear ini. Juga boleh ditukar apabila saat menukar gear rasanya seperti agak ketat. Untuk kereta auto, minyak gear ATF perlu ditukar setiap 20,000km perjalanan.

12. WATER PUMP
Elok dibuat sekaligus apabila menukar timing belt buat kali kedua. Contohnya, anda menukar timing bel pertama kali pada 80,000km, kemudian pada 160,000km, bila nak buat tukar sekali water pump kerana untuk tukar water pump, timing belt perlu dibuka dahulu. Kebaikan melakukan kedua-dua perkara ini sekaligus ialah anda tidak akan dikenakan caj tambahan. Kira 'satu harga' sahaja






www.wasap.my/0179817524

Assalamualaikum,, Alhamdulillah rezeki Allah maha luas,,, Terima kasih pada semua pelanggan   tak jemu-jemu memilih dan ...
17/11/2018

Assalamualaikum,, Alhamdulillah rezeki Allah maha luas,,,
Terima kasih pada semua pelanggan tak jemu-jemu memilih dan percayakan perkhidmatan kami..
Atas sebab tersebut kami komited untuk memberi servis terbaik pada pelanggan kami..

Pada yang masih mencari Port servis dan baiki kenderaan anda,,,
Yang ragu atau takot kene tipu dengan workshop,,ape kate datang ke ..kami akan pastikan anda berpuas hati,,inshaallah..

berpengalaman serta pakar dalam membaiki dan servis kenderaan anda.Kami juga di terapkan dengan sistem kerja (SOP) bagi melancarkan proses kerja di samping memastikan faktor kebersihan dan keselamatan anda dan kenderaan anda sepanjang berada di Pusat servis sinar maju auto.

Jemput datang ke sinar maju auto,inshaallah anda pasti senyum....

lokasi:500meter dari sekolh kg nyior.. kalau anda dri paka ke dungun workshop kami terletak di sebelah kanan.. kalau dari dungun disebelah kiri.. kedai deret 4 pintu..
Buka :- 9. 30am - 6.00ptg (sabtu-khamis)
www.wasap.my/0179817524/sinarmaju

-Minor & Major servis
-Enjin/Gearbox, Overhoul/Top overhoul
-SparepartSupply
-Battery Suply & Charges
-Tuning/scanning Computer diagnostic
-Skimming Disk
-4x4 Repair & Modifikasi

Nak share slot dlm rancangan Prof Muhaya dlm TV Alhijrah dgn tajuk Mengatasi kanser.Kanser adalah kegagalan manusia yg k...
16/11/2018

Nak share slot dlm rancangan Prof Muhaya dlm TV Alhijrah dgn tajuk Mengatasi kanser.

Kanser adalah kegagalan manusia yg kurang mkn sayur n buah.

Jadi tips mengatasi kanser: GBOMS.

Bykkan ...
G - Greens,
B - Berries,
O - Onion,
M - Mushrom,
S - Seeds.

Kurangkan protein dlm hidangan.

Bykkan air putih.

Elakkan protein, gula adalah baja utk kanser.

Tetamu yg dipanggil ke studio pesakit kanser tahap 4.

Semasa diagnos koma 3 hari.

Kembali sihat setelah mengamalkan makan h.sauda, air zam2, minum air lemon, berries ( anggur, kurma etc ).

Kesihatan beliau kembali sihat setelah mengamalkan makanan secara natural.

Tak mengambil perubatan seperti kimo. Dgn alasan bila beliau mengamalkan makanan yg sihat, natural ... kansernya tidak bkembang.

Dia yakin dgn cara natural beliau btambah sihat.

Pemakanan sblm kena kanser...fast food, McD, daging, sup tulang, air berkarbonat, kurang mkn buah n sayur.

Hargai kesihatan anda.👍 ubah tabiat mkn kpd yg lebih sihat n natural.

Bykkan sayur hijau, jus buah n buah-buahan.

Sharing is caring.

Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser :

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.

Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.

Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku

PERKARA ASAS YANG PERLU TAHU UNTUK JAGA KENDERAAN KITE SUPAYA BERADA DALAM KEADAAN BAIK..
06/07/2018

PERKARA ASAS YANG PERLU TAHU UNTUK JAGA KENDERAAN KITE SUPAYA BERADA DALAM KEADAAN BAIK..

05/07/2018

kereta rosak,ada msalah ingat sinar maju auto workshop adaa....

sempena musim gaji workshop sinar maju auto kg nyior membuat promosi teming belt  proton saga blm & proton persona skali...
28/03/2018

sempena musim gaji workshop sinar maju auto kg nyior membuat promosi teming belt proton saga blm & proton persona skali siap psang rm350..harga sgt berbaloiii..insyaallah kualiti terjamin..berminat whatsapp@call 0179817524-syed..free tunning komputer..teming belt original..

Address

Paka

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

0179817524

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sinar maju auto posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Establishment

Send a message to Sinar maju auto:

Share